along n adik

along n adik

Clixten - klik berbayar

Monday 15 August 2016

MAKYUNG BEREMOSI : BEG BERSALIN DAH SIAP TAPI TIBA-TIBA RASA SEBAK SENDIRI




Kelmarin dah siapkan beg bersalin untuk dibawak ke hospital.. dah masuk keta pun..elok-elok la kan, kot2  terbersalin karang on the way gi balik ofis.. almaklum kami ni laki bini merentas rawang ke kolumpo lebih kurang 80 km pi balik ari-ari ke ofis.. jauh tu.. walaupun aim nak bersalin kat Hospital Selayang, boleh jadi bersalin di mana2 ja dalam perjalanan sehari-hari. Boleh jadi Hospital Sg Buloh ataupun HKL..

Checklist barang mama tinggal nak masukkan GL dan charger handphone.. checklist barang baby dah settle belaka.. Antara yang paling penting, jangan lupa masukkan set bersalin Shaklee.. antaranya ESP dan vit C.. Boleh minum ESP sejurus lepas bersalin nanti kat hospital.. Habuan nak mengembalikan tenaga pada kita2 yang bersalin ni.. dan boleh terus jugak makan b complex dan lain-lain.. kot la kena tahan wad ke, senang dah boleh start berpantang dengan set berpantang Shaklee yang ada dalam beg. Alfalfa dengan ESP ni berfungsi macam milkbooster tau.. So tak perlu risau kat wad, confirm baby kenyang and cepat bam bam..


Masa dok menyandang beg nak masukkan dalam bonet tu, rasa sayu ja dalam hati.. sebak sendiri.. yela.. sedia maklum, proses bersalin adalah antara perjuangan hidup dan mati.. sebab tulah mengandung dan bersalin ni sebahagian dari jihad. Ni antara fakta yang perlu kita tahu tentang hebatnya wanita bergelar mama serta ganjarannya :
Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin, ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.
Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.
Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

Ibu bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah akan menghadiahkannya pahala menunaikan haji.

So, awatnya yang cek sebak?? Sebab bila sampai masa nak bersalin nanti, cek akan keluar dari rumah, ke hospital.. Dan ada banyak kemungkinan selepas tu.. Boleh jadi cek balik ke rumah.. atau baby saja yg balik..atau kedua-duanya balik atau kedua-duanya tak balik dah.. huishh!! Emosi sungguh la kan cek ari ni.. ingat mati pun dapat pahala tau!! 

Semoga dipermudahkan dan selamatlah ibu n anak ni. InsyaAllah.

Hampa emosi sekali dak? Kalau rasa emosi, mai order shaklee dengan cek!hii

ila 0135102541
id : 1233692

Saturday 13 August 2016

Mama punye target ari ni

Replant ros jepun - done
Alihkan pokok pandan n pokok kari msuk pasu besaq - done
Mendobi - 4 mesin (under progress)
                     1 baldi bju handwash - masih terendam
.
.
.
.
Siapkan brg new baby lg - bru jenguk
Kemas bilik new baby - pending
Masak - bru defrost ayam
Basuh stroller - bru kuarkn dr stor
Cuci peti ais - pending
Mop lantai - pending
Lipat kain 1 lori - pending
Bla...bla...bla...bla...

Selagi xmalam,selagi tu la ada keja...dah namanya suri rumah..tp cek suka..

Td masa angkat pasu,org sbelah dok kelui..uiii,patah pinggang kang!!!!
Ehehe...xpa...OSTEMATRIX kan adaaa...

Ila 0135102541
Id 1233692

Tuesday 9 August 2016

MAkYunG PUnYA ImPiAN BeSAR


Alhamdulillah...officially registered as Shaklee member..Napela rajin sgt aku ni nak daftar jadi ahli shaklee ni?huhu....

Alkisahnya....
Sebab selama ni pun aku memang pengguna produk shaklee...sejak bila? Sejak mengandungkan si along lagi dah test consume dgn vit c shaklee..pastu masa brpantang,ade bajet lebih, aku beli postnatal set yang complete...tak lama pastu, berulang2 aku beli mealshake utk along lagi...

Kejap2 beli kat seller ni,kejap kat seller tu..main google je online seller yang ada...order, bayar guna online banking, pastu tunggu jela kat opis, esok lusanya sampai... Senang kan beli online.. Tak perlu hadap jalan jam.. Tak perlu dok perambang google map..heeee

Pastu dok fikir-fikir...alang dok beli ngan orang ja, better aku join jadi member..senang nak membeli, untung2 dapat kongsikan kebaikan produk ni dengan orang lain jugak terutama mak-mak macam aku ni...sharing la kan, rahsia nak sihat secara alami...
Dulunya takut jugak nak try ubat2 ni tp setelah aku selidik2 dan baca testimoni orang yg pernah guna, shaklee ni berbeza dgn produk lain sebab diuji secara klinikal dan sentiasa dipantau kualiti dan pengedarannya...

Lagipun, aku beruntung kot..sebab dikelilingi sekumpulan doktor2 santek n muda yg terdiri dari kawan2 sekolah dan kawan2 um dulu..well..aku kan Astarian...kiki..diorang ni bagus,memang tak lokek ilmu klau ditanya apa2..memang tabik spring la..
Jadi,impian besar makyung di hujung2 tahun ni adalah menambah pendapatan dan berkongsi keajaiban produk shaklee dgn yg lain.. Aku dah cuba dan aku percaya..
Kalau anda perlukan konsultasi atau nak order produk shaklee dgn makyung ni,boleh wasap wasup i..nak jugak guna hashtag yg astro pakai kat sukan olimpik Rio tu..‪#‎tanyaje‬..hee

Id: 1233692
013 5102541 ila
fasha.freeland@gmail.com
Fb: shazila johari
ig: noorshazilajohari

Friday 26 February 2016

Hobi : Nonton bhaijaan bajrangi masa lunch

Orang tengah kalut-kalut layan cerita Dilwale kan.. aku pun tak terkecuali.. dok melayan jugaklah video klip lagu yang mendayu-dayu tu.. tapi ceritanya aku tengok 5- 10 minit camtu ja pastu terus stop.. kekangan asalnya sebab takde subtitle, jadi aku tak faham pun ape yang dibebel shah rukh khan dan kajol yang sangat meletop tuh.. konon-konon nak sambung tengok tapi sampai ke sudah, tak tengok-tengok pun..dan sekarang langsung tak berminat dah nak tengok.. cuma lagu-lagu dalam filem tu memang best kan..

Rupa-rupanya lagi best cite bhaijaan bajrangi. Cerita yang bukan fokus pada cinta semata.. cerita tentang persengketaan India dan Pakistan..Tapi takde unsur keganasan pun dalam cite nih.. Tentang seorang budak pakistan yang comel gile..Shahida nama die..dilahirkan bisu dan mak die bawak ke India, konon-konon nak berubat la gitu.. tup..tup nak dijadikan cerita, budak nih tertinggal kat India sampailah Salman Khan jumpa. Die la yang protect budak nih dan berusaha macam-macam cara untuk hantar budak ni balik kat family die.. banyak sangat halangan sebab budak nih dah tentulah bisu, tak dapat nak bercerita sape mak die, mane die tinggal.. haiii..memang sedih tengok cite nih..ade jugak selit lawak-lawak bodoh terutama bagi watak wartawan yang nolong Salman Khan.

Taknak cerita lebih-lebih..memang semua yang tengok pun merembeskan air mata berbaldi-baldi..termasuk aku..hoho..dan nak tekankan di sini, kecomelan Shahida membuatkan aku bersemangat buat wallpaper kat pc aku guna gambo die.. yela..kan orang kata kalau mengandung, tatap muka budak comel ari-ari, maka anak nanti pun comel gaya-gaya gitu la kan..haha.. Aminn

Nak tengok tak wallpaper aku??kiki..



Tuesday 16 February 2016

Love : Sesi dating dan review filem Ola Bola



Memandangkan kami bercuti hari tu, anak-anak kami post out ke rumah ibu. Kalau ikutkan aku yang berhati kaca ni, selalu je berat rasa hati nak hantar budak-budak tu kalau aku tak kerja..Tapi bila sampai satu tahap bila diorang buat perangai, nak je aku pejam mata menahan sabar dan berharap diorang ade kat rumah ibu.. haih.. aku rasa mana-mana mama pun rasa macam aku.. tapi disebabkan mr papa yang hantar, aku tengok saja la dari muka pintu dengan hati berbelah bagi .. sedih – hepi.. hepi sebab mama boleh berehat.. dan mungkin boleh dating kot..dengan papa..kiki

Sesi dating pun bermula... bila last dating ha?? Masa servis kete bulan lepas rasanya..tapi along ikut jugak.. adik je kne tinggal kat ibu.. kira dating la jugak.. memandangkan along pun dah faham bahasa cuma kadang-kadang je buat-buat tak faham bahasa.. Dating kali ni, kami ke aeon anggun..5 minit je kan dari rumah.. selalunya lalu dan tengok jela.. kalau ada hajat sangat-sangat barulah singgah.. contohnya macam dating kali ni.. sebab kat aeon ni ada TGV.. kan tiket free yang kami dapat tu kena tengok kat tgv.. yang last tiket free sebelum nih, beriya la kami ke 1 utama.. ramainyaaaa la orang.. carik signboard cinema, tersalah aras pulak, menonong ke kaunter GSC.. last-last balik macam tu jela.. sebab carik TGV tak jumpa dan sudah penat sebab dah separuh hari kat situ.. besar sangat 1 utama tuh..haha..dan tiket tuh akhirnya burn macam tu saja.. 

Balik pada cita asal..kami sampai aeon elok-elok ja time ramai lagi orang dok menunggu..adala dalam 4-5 minit lagi jusco tuh nak bukak.. ramainya orang cina dan family-family mereka dok menunggu bersama kami.. mungkin diorang  tengah bercuti lagi kot.. kan tahun baru cina cuti seminggu.. kami je tak kan.. kan bagus kalau diselaraskan..hee.. mr papa beratur nak tebus tiket Ola Bola.. aku  mintak izin nak duduk.. nih yang best time mengandung ni.. banyak kelebihannya..haha..sebab orang mengandung kan tak larat nak berdiri lama-lama.. See, ini cara Allah tunjuk yang Allah tuh sayangkan kita,kan? Dalam cara yang kadang kita tak sedar.. emm..line memang panjang..kebanyakannya orang cina-cina tadi tula.. aku ingat mesti ada cerita kungfu yang best sebab diorang berangkut tokwan, tok dan baby-baby sekali ke panggung.. memang raaamai sangat.. mr papa ambik couple set..so kne la tambah duit sikit..location belakang sekali..bagus!..aku confirm asyik nak terkencing je kalau sejuk sangat.. ok..pukul 11 suku.. jom makan dlu.. aku makan nasik campur yang nampak sedap tapi tak sedap.. tapi teh tarik akak aeon tuh aku suka..sesedap rasa, sesuam perut gitu.. tq sayang, layankan  je perut mama.. sebab baby masih memilih makan sekarang nih.. kite redha jela dengan pilihan selera baby.. kalau silap makan pun nanti keluar balik jugak..

Baik..perut sudah kenyang.. jom layan popcorn pulak sambil tengok wayang.. serius terkejut kami bila masuk panggung.. boleh kata 95% penonton Ola Bola bersama kami tuh adalah yang ramai-ramai beratur tadi.. apek, amoi , tok, tokwan dan anak- anak diorang.. waahhh...ingatkan tengok cite kungfu.. terus aku tetiba rasa bersemangat patriotik bersama-sama dengan diorang.. Bagus filem nih.. sangat-sangat mengangkat  1malaysia.. tengok penontonnya sudah terasa.. Cuma aku rasa tak nampak pun orang india tengok..mungkin diorang lagi berminat tengok cite dilwale kot.. 

Review aku tentang citer nih.. aku suka jalan ceritanya yang padat.. penuh dengan semangat kesukanan.. patriotik.. selain diselit dengan cerita- cerita masyarakat.. dan scene-scene humor bila sampai kat cerita adik-adik Muthu  dan pasal Rahman, si pengulas sukan tu.. aku suka dengan semangat perpaduan diorang.. aku suka dengan scene yang melibatkan  sinematografi udara masa diorang berlatih kat kem tentera tu.. baru perasan, cantiknya Malaysia ni kan.. dan aku rasa macam setiap watak dalam cerita ni hatta yang sekecil-kecil pun sangat penting dalam menjayakan cerita nih.. syabas!syabas! walaupun penghargaan sebenarnya adalah pada pengarah cerita nih tapi aku rasa nak bagi penghargaan pada negara..kerana berjaya dalam cerita nih, kita nampak kejayaan sebuah negara..

Secara jujurnya, aku bukan peminat bola dan aku tak kenal pun watak-watak sebenar di sebalik pelakon-pelakon tu.. tapi melihat cerita Ola Bola bukan berfokuskan pada bola semata.. banyak perkara yang boleh dijadikan tauladan dan pegangan dan boleh meninggalkan kesan di hati.. aku pun berasa takjub macamana cerita nih boleh dilakonkan di stadium dengan ramai penonton aka pelakon tambahan yang terpaksa memakai kostum ala-ala zaman 80an gitu..sangat dramatik dan berjaya pada pandangan mata aku.. .. aku nangis tak dalam cite ni?? kiki..ada 1 scene aku hampir nak nangis, dah lap air mata pun sebenarnye.. masa adik si Tauke tuh suruh abang die teruskan main bola, scene diorang dok sidai getah sekerap tuhh memang menyentuh hati.. memang tak rugi tengok cerita nih.. nak bagi 12 dari 10 bintang..macam tu boleh??hehe

TQ papa.. bawak mama tengok wayang.. nanti nak dating lagi macam ni.. =)

credit : google

Friday 5 February 2016

Hobi : al kisah pokok rose jepun..



Semenjak ada pasu kosong kat rumah dek anak-anak pokok cili yang mati kekeringan ketika aku balik kampong hari tu, rasa kecewa je nak bercucuk tanam lagi..tup tup pokok kesum pun makin kering dan kering dan kemudiannya mengucapkan bai bai kat aku.. tapi dalam kehilangan dua jenis pokok tuh, pokok kari yg kak siti bagi nampak dah mengeluarkan pucuk.. dan pokok limau purut jugak..yes! Alhamdulillah..so aku pun baling lagi bijik-bijik cabai dalam pasu yang kosong.. pokok cabai memang cepat ja tumbuh..esok lusanya dah nampak hijau je pucuknya memenuhi pasu. Cuma pasu panjang putih tu memang aku terus biarkan kosong.

Balik kampong umi kahwin thaipusam baru-baru nih..sebelum balik sini, aku sempat rentap pokok bunga mak..haha..rentap tuh..takla..aku kutey ja..orang kl cakap cubit @ patah patahkan batang.. aku ambik pokok kembang 10 pagi..pokok nih senang nak tanam, senang nak jaga..cepat bercambah..Cuma masa ambik tuh, aku pun tak pasti bunganya warna apa sebab main ambik macam tu ja.. sebab pokok kembang 10 pagi atau nama panggilan glemernya rose jepun nih ada banyak versi kaler..ada yang berlapis-lapis dan gebu gebas juga.. dalam 4-5 batang tu aku kerat jadi 6-7 batang dan terus cucuk dalam pasu putih panjang bila sampai rumah rawang.. pokok pandan aku boh ja dalam timba berisi ayaq sebab pasu kat depan tuh tak cukup tanah..entah bila la nak pi beli tanah.. pokok tuh dah kerin sangat aku tengok..xpela..lain kali aku bawak balik lagi..2-3 hari kemudiannya, pokok rose jepun aku makin memanjang, so aku kutey lagi, cucuk sbelah dia pulak..dan tu jela yang aku dok buat selama hampir dua minggu nih sehingga sedar tak sedar, pasu tuh dah penuh dengan dekat-dekat 20 batang pokok rose jepun.. rasanya dah 4-5 kuntum bunga yang dah memekar tapi aku masih tak sempat nak teliti warna apa yg keluar sebab petang balik keje sampai rumah dah pukul 6 macam tu..bunga yang mekar pun dah kuncup belaka..

Nak dijadikan cerita, kat RPP Morib yang kami inap minggu lepas, pokok rose jepun dia sangat-sangat la memikat pandangan aku..boleh dikatakan kat setiap keliling pokok bunga yg besar, tukang kebun tuh gembur-gemburkan tanah dan tanam dengan rose jepun yang pelbagai warna...ada merah, kuning, oren..dan ada jugak yang berlapis-lapis ala carnation tuh ditanam dalam simen yang panjang ala-ala tembok..sama tinggi je naiknye..dan bangun pagi-pagi jalan ke laut, aku dok geram ja tengok bunga-bunga tuh memekar dengan lawanya.. nak- nak pulak bila ditiup bayu laut, macam menggapai-gapai tangan mintak aku kutey...eceh! 

Dan semasa kali terakhir mandi laut pagi tuh, aku akhirnya tak dapat tahan lagi kegatalan jari nih nak petik pokok tuh..tapi pandang-pandang kiri kanan jugak, segan kalau orang Nampak..buat-buat la bertenggek kat divider tu..haha...aku ambik 3 batang ja pun sebab takut tukang kebun perasan..cewah..padahal sebab aku rasa bersalah membuat onar di situ tanpa izin..tapi last-last masa check out, aku yang jujur nih gi cakap dengan puan yang ade kat kaunter masa tuh.. saya ambik sikit pokok bunga puan, dalam 3 batang..haha..tersipu-sipu aku..tapi rasa lega sebab at last, aku tak dikira mencuri la kan..dan balik tuh terus la aku menanam pokok-pokok tu dengan hati yang riang lagi gumbira..

Cerita nih tak habis lagi!sepanjang minggu masuk keja nih, pantang ada rasa penat sikit, aku pun melencong..google gambaq2 bunga rose jepun..dan baru ku tahu yang pokok nih orang jual online pun banyak sebab batang dia kan berair so boleh je tahan kalau dok dalam plastik pos tu 2-3 hari sepanjang dalam proses pos..terus la aku excited tapi memikirkan aku ni ntah bila-bila baru nak dapat jejakkan kaki kat nursery untuk beli tanah, aku simpan jap niat tuh..tapi nak- nak jugak..aku dah survey pun sebenarnya..ada akak tu jual 10 jenis dalam rm15 camtu..memang dah cup pun..kebetulan akak tuh tengah replant so aku nak tunggu dulu..sementara tu mungkin boleh gi kedai eco rm2 carik pasu..macam2 saiz ada, yg penting semuanya harga rm2..kalau beli kat tesco mahupun diy, mahai jugak pasu..memang mood tanam pokok nih meluap-luap sekarang..malah sampai masuk mimpi la semalam..hahaha..

p/s: dok minat2 bunga teramat sangat ni.. ehem..mungkinkah ada makna.. mungkinkah ‘dia’ kali ini adalah gigirl???..heheh..baby, cepat besar b..along ngan angah tiap2 hari cium awak! Awak boboy lagi pun mama sayanggg jugak.=)

gambar aku google..haaa..tak tergoda kau tengok!!!!..slurppp!
 

Friday 29 January 2016

Kehamilan : Seluar bersalin Mamapride



Mengandung kali keempat ni, tidaklah seexcited mengandung kat Fareez dolu-dolu..haha..dolu la sangat kan padahal si Along tu baru je nak masuk 3 tahun this coming isnin.. doesn’t mean aku tak happy.. of course la aku happ sesangat.. takpe muda-muda nih bersalin ramai..nanti boleh stop dah di kala dah tua sikit..Tapi dalam dok saja-saja, aku carik jugak info pasal kebersalinan kali ni..insyaallah, sempat la bersalinnya..bukan apa, aku rasa macam dok jaga la taknak lasak-lasak sangat..sebab ada history keguguran tu tapi hero berdua tuh bukannya faham pun..even aku cakap dalam nih ada baby, lagi la nak panjat and pijak-pijak perut..aiyaa...tak salahkan diorang sebab memasing kecik lagi kan..hope adik kecik kat dalam nih kuat la ye.. mama harap adik nih adik pompuan..hahahaha..tetiba ja nak wish!


Semalam aku korek balik dalam laci opis,cari doa-doa ibu mengandung yang aku rasa baru je aku tanggalkan dari memenuhi dinding partition aku nih..haha..tetiba kena lekat balik kan..nasib baik simpan, kalau tak , kenalah rajin print dan gunting-gunting semula.


Saja nak share nih sebenarnya...Korang pernah dengar pasal seluar tutup aurat semasa bersalin?? Aku firsttime dengar..sebenarnya first time aku terbaca..aku google pasal baby dan tiba-tiba tersesat ke info nih..oh, jakunnya kan..ada seluar macam nih rupanya.. tutup aurat?macamana tuh?bersalin dah tentu-tentu kena bukak kat situ kan... sini aku bagi info yang aku copy dari page tuh..nama dia seluar mamapride..


Seluar Mamapride adalah seluar yang digunakan untuk meminimakan aurat yang terdedah semasa prosedur kewanitaan (berkaitan sakit Puan) dijalankan.Tanpa MAMAPRIDE, pendedahan bagi menjalani prosedur di kawasan “perineum” adalah dari pinggang ke bawah hingga kaki.Kini, dengan adanya seluar MAMAPRIDE, kawasan yang perlu didedahkan hanyalah
kawasan Perineum sahaja bagi menjalani procedure bersalin, PAP Smear dan
sebagainya.


Ohh..itu la penjelasannya..bagus kan ada inisiatif macam nih..tak salah, harganya dalam RM99 macam tu..ok la tu, harga mampu milik.. ada macam-macam warna..tapi yang paling sweet dah tentulah pink..ha, sape berkenan nak beli boleh pi tengok sendiri kat site die.. http://www.mamapride.com.my/

macam nih rupanya seluar tu
pink!..silau mata doktor..kiki