Sembilan
bulan sudah..anak mama kat dalam nih..nih mengikut perkiraan doktor la..sejak
semalam, kaki mama dah bengkak ala2 belon udara..sebelum ni bengkak jugak tapi
akan surut kalau mama rehat dan tak berjalan..ni dah bengkak tak surut2..emm..
Sepanjang
mengandung, banyak yang aku pelajari melalui bacaan..tak kira melalui majalah
mahupun mr google..ape2 persoalan yang aku terfikir, aku akan terus carik guna
tenet..maklumat di hujung jari la katakan..banyak yang kita tak tahu, jadi
tahu..sekurang2nya pentinglah untuk aku prepare secara mental..mahupun
fizikal..
Berikut
adalah istilah2 dan persoalan yang aku pernah korek jawapannya :(mungkin
berguna untuk orang lain pulak nanti)Tak datang haid 2 minggu - oh..takut..rse
mcam perlu check hamil ke tak..tapi..
Bagaimana
nak check kehamilan?Bagaimana nak guna alat pengesan kehamilan (alat UPT) nih?
Ujian
kehamilan yang kita jalankan di rumah mengesan kehadiran hormon kehamilan iaitu
human chorionic gonadotrophin (hCG) dalam air kencing kita. Badan kita mula
menghasilkan hCG apabila telur yang telah disenyawakan melekat (implantasi)
pada uterus (rahim) anda. HCG dirembeskan oleh sel-sel yang akan membentuk plasenta
(uri). Ia boleh dikesan dalam air kencing kita daripada kira-kira enam hingga
14 hari selepas persenyawaan berlaku. Tapi masih juga bergantung pada orang,
sesetengah wanita ambil masa yang lebih untuk kehamilannya dikesan.
Dalam
masa beberapa hari selepas implantasi, tahap hCG anda akan meningkat dengan
cepat. Kebanyakan alat penguji kehamilan cukup sensitif untuk mengesan hCG
dalam air kencing pada hari pertama haid anda sepatutnya datang.
Jika anda
mendapat keputusan negatif pada kali pertama membuat ujian, ini mungkin kerana
jumlah hCG belum mencecah tahap di mana ia boleh dikesan. Kadang-kadang tahapnya
belum cukup tinggi untuk dikesan pada hari pertama haid anda sepatutnya tiba.
Jika haid anda lewat dan keputusan yang anda perolehi negatif, tunggu beberapa
hari kemudian uji lagi. Seeloknya, ujian kehamilan diambil pada waktu pagi.
Anda akan
dapati sesetengah alat penguji kehamilan lebih sensitif daripada yang lain.
Alat penguji yang paling sensitif boleh menunjukkan anda hamil walaupun jika
terdapat sedikit sahaja hCG dalam badan anda. Boleh rujuk post ni untuk tengok
alat UPT yang saya suggest dan selalu guna dari kandungan pertama hingga
keempat. klik SINI
Bilakah kita sepatutnya membuat
ujian?
Kebanyakan
alat penguji boleh menunjukkan samada anda hamil atau tidak pada hari pertama
haid anda lewat. Alat penguji yang lebih sensitif mungkin boleh mengesan hCG
pada tahap yang rendah beberapa hari sebelum haid anda dijadualkan tiba. Walau
bagaimanapun, membuat ujian seawal ini mungkin tidak memberikan
anda keputusan yang tepat .
Bergantung
kepada alat penguji yang digunakan, anda boleh membuat ujian pada bila-bila
masa sepanjang hari. Cuba jangan minum terlalu banyak sebelum membuat ujian
kerana ini boleh mencairkan hCG dalam air kencing anda.
Sesetengah
alat penguji mencadangkan anda membuat ujian pada waktu pagi, apabila anda
pergi ke tandas untuk kali pertama pada hari itu. Ini terutamanya jika anda
menguji pada hari-hari yang awal. Ini kerana, tahap hCG menjadi lebih pekat
dalam air kencing semasa anda tidur pada waktu malam, oleh itu ia lebih mudah
dikesan dalam air kencing pertama anda.
Jika haid anda tidak teratur, mungkin sukar untuk
mengenalpasti bilakah haid anda sepatutnya tiba. Sebagai panduan, anda boleh
gunakan kitaran yang paling panjang dalam beberapa bulan kebelakangan ini
sebelum membuat ujian.
Jika anda
baru berhenti mengambil pil perancang, anda mungkin
tidak tahu berapa panjangkah kitaran haid anda secara semula jadinya, dan
mungkin membuat ujian samada terlalu awal atau terlalu lewat. Jika ujian anda
negatif, anda patut membuat ujian lagi dalam masa tiga hari.
Bagaimanakah cara menggunakan alat penguji
kehamilan di rumah?
Mula-mula,
baca arahan dengan cermat, kerana setiap jenama mempunyai arahan yang
berlainan.
Bagi
kebanyakan alat penguji, caranya semudah kencing pada kayu penguji itu.
Sesetengah yang lain pula memerlukan anda mengumpul air kencing dalam cawan
kecil dan kemudian mencelupkan alat penguji itu ke dalamnya. Atau, anda mungkin
diberi alat penitik yang digunakan untuk menitikkan sedikit sampel air kencing
ke atas alat penguji.
Bagaimana
keputusan ujian ditunjukkan juga berlainan. Sesetengah alat penguji menunjukkan
garisan merah jambu atau biru. Sesetengah yang lain pula menunjukkan tanda
campur atau tolak, atau menukar warna sampel air kencing anda. Ujian digital
pula memaparkan perkataan "pregnant" (hamil) atau "not
pregnant" (tidak hamil) pada satu tingkap, dan ada juga yang memberi
anggaran sudah berapa minggu anda hamil. Ini terpulang pada bajet kita sama ada
untuk mendapatkan alat UPT yang biasa atau elektronik.
Berapa lamakah masa diambil untuk mendapat
keputusannya?
Periksa
arahan yang disertakan dengan alat penguji anda. Tetapi biasanya keputusan
dapat dilihat dalam masa tiga hingga lima minit, walaupun ia mungkin terasa
seperti satu penantian yang terlalu panjang.
Jika anda
membuat ujian itu dalam tandas, anda mungkin mahu pergi ke bahagian lain dalam
rumah dan mencari sesuatu untuk dibuat bagi mengalihkan perhatian. Bak kata
pujangga, penantian itu satu penyiksaan! Tapi kalau aku, aku tercongok je situ..sebab
selalunya tak sampai 2 minit, dah Nampak hasilnye.
Adakah ujian kehamilan di rumah tepat?
Alat
penguji kehamilan di rumah adalah tepat jika anda ikut arahan dengan betul.
Seperti yang dinyatakan tadi, sesetengah alat penguji lebih sensitif, serta
mudah digunakan dan ditafsirkan berbanding yang lain.
Adakah
keputusan negatif palsu boleh berlaku?
Ada
beberapa sebab mengapa ujian kehamilan anda menunjukkan negatif. Anda mungkin
tidak hamil, atau mungkin tahap hCG anda belum mencukupi untuk dikesan melalui
ujian air kencing.
Jika anda
membuat ujian terlalu awal, sebelum hari pertama haid anda lewat, anda mungkin
mendapat keputusan negatif palsu kerana hormon yang dikeluarkan oleh badan anda
belum mencukupi.
Jika anda
mendapat keputusan negatif tetapi masih berpendapat anda hamil, tunggu
sekurang-kurangnya tiga hari, dan buatlah ujian semula.
Adakah
keputusan positif palsu boleh berlaku?
Positif
palsu, iaitu di mana keputusan ujian menunjukkan anda hamil tetapi sebenarnya
tidak, adalah jarang tetapi tidak mustahil berlaku. Sesetengah ubat-ubatan
seperti pil kesuburan yang mengandungi hCG, mungkin menjejaskan keputusan
ujian. Namun, ubat-ubat biasa seperti paracetamol adalah tidak mengganggu
ketepatan keputusan ujian.
Kadang-kala
anda boleh mendapat garisan samar yang boleh jadi sukar untuk ditafsirkan.
Di manakah saya boleh beli alat penguji kehamilan?
Anda
boleh beli alat penguji kehamilan di kebanyakan farmasi dan supermarket. Anda
juga boleh membelinya dalam talian. Anda tidak perlukan surat doktor untuk
membelinya. Biasanya, aku dapatkan alat UPT ni di 7E...hee
Apakah beza ujian kehamilan di rumah dengan yang
dijalankan oleh doktor?
Ramai
doktor yang menggunakan alat penguji kehamilan di rumah untuk memastikan
kehamilan, maka dalam hal ini kedua-duanya adalah sama.
Kadang-kala,
wanita diberi ujian darah, yang turut menguji kehadiran hCG. Ujian darah lebih
sensitif daripada ujian air kencing. Ia boleh menunjukkan samada anda hamil
atau tidak sebaik sahaja telur yang telah disenyawakan melekat. Ini boleh jadi
seawal enam hari selepas anda berovulasi.
Anda
boleh membuat ujian darah untuk lebih tahu mengenai apa yang sedang berlaku
pada awal kehamilan (sebelum imbasan ultrabunyi boleh mengesan kehamilan). Ia
boleh membantu mengesan kehamilan ektopik atau kehamilan molar. Ia juga satu
cara yang baik untuk mengetahui bahawa tahap hCG meningkat seperti sepatutnya
bagi kehamilan yang sihat.
Anda
boleh mendapatkan ujian darah di klinik doktor anda atau di hospital.
Aku test
2 kali untuk dapatkan kepastian..lepas tuh pegi klinik lagi..dan memang
positif.. =)
Alhamdulillah...korang
macamana pulak? Jom meramaikan khalifah..hee
No comments:
Post a Comment