wooo..oh..bnyk sungguh perkara yang terjadi sejak masuk tahun baru nih..kebanyakan keputusan yang dibuat mengubah benda2 besar dalam hidup kami suami isteri..alhamdulillah, jujur aku sangat bahagia..harapnya redha Allah sentiasa melindungi apa jua keputusan yang kami buat kini..susah2 sekarang itu perlu..supaya kesenangan yang ada, walaupun sedikit akan lebih dihargai berbanding orang yang tiba2 senang dan tidak tahu bagaimana untuk hidup susah..perlu diingat bahawa rezeki adalah pinjaman Allah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya..maka Dia punya hak untuk memberi dan mengambilnya bila2 masa..maka, bersedialah dengan apa jua keadaan..jadi yang biasa2 itu lebih baik..wallahualam..
Buah Cinta..menanti kehadirannya saban hari buat aku rasa gementar + so excited..insyaAllah, 90++% mentally prepared for that moment..moga anak ini akan lahir dengan mudah dan bakal menyejukkan sesiapa jua yang melihatnya..pasti bila baby sudah keluar nanti, aku akan kembali rindukan saat2 ini..saat2 di mana aku dan dia sangat dekat..saat2 aku menggendongnya ke sana-sini..saat2 hati kami berada hanya sejengkal..semoga segala yang baik dapat diterima olehnya manakala yang buruk pula minta2 dijauhi..Fareez..yang alim..moga nama yang dipilih boleh membentuknya andai aku dan suami terlalai..ya lah, tiada orang yang sempurna..namun, kami berusaha menjadi yang lebih baik..
Telur putih..akhirnya setelah hampir tiga tahun bersama, aku membuat keputusan untuk melepaskan telur putih..harta pertama yang aku beli dengan hasil bekerja..hutangnya masih banyak namun memikirkan keselesaan anak, aku dan suami perlukan kereta yang lebih besar..masih dalam proses..maka hari2 yang aku lalui kini juga antara hari2 terakhir aku bersama telur putih..dalam teruja menunggu yang baru tiba, rasa sangat sayu meninggalkan yang lama..aku akan merindui PJN..dan aku harapkan urusan pembelian rumah juga berjalan lancar..amin..
Tugas yang belum selesai..bakal bercuti panjang..makanya aku berusaha menyiapkan kerja2 tertangguh yang selama ini memang berada di bawah tanggungan aku..nampak macam tiada kerja tapi siapalah yang lebih memahami kerja2 sendiri berbanding orang ini (jari menunjuk diri sendiri)..tuink!.. tempahan felt makin banyak menjelang hari..menolak tak daya, maka jawapan aku mudah..kalau tak meletup, insyAllah ila cuba buat..moga sempatlah siapkan semuanya..rezeki anak..
2013..ada wishlist?? ada azam??
No comments:
Post a Comment