along n adik

along n adik

Clixten - klik berbayar

Friday, 5 February 2016

Hobi : al kisah pokok rose jepun..



Semenjak ada pasu kosong kat rumah dek anak-anak pokok cili yang mati kekeringan ketika aku balik kampong hari tu, rasa kecewa je nak bercucuk tanam lagi..tup tup pokok kesum pun makin kering dan kering dan kemudiannya mengucapkan bai bai kat aku.. tapi dalam kehilangan dua jenis pokok tuh, pokok kari yg kak siti bagi nampak dah mengeluarkan pucuk.. dan pokok limau purut jugak..yes! Alhamdulillah..so aku pun baling lagi bijik-bijik cabai dalam pasu yang kosong.. pokok cabai memang cepat ja tumbuh..esok lusanya dah nampak hijau je pucuknya memenuhi pasu. Cuma pasu panjang putih tu memang aku terus biarkan kosong.

Balik kampong umi kahwin thaipusam baru-baru nih..sebelum balik sini, aku sempat rentap pokok bunga mak..haha..rentap tuh..takla..aku kutey ja..orang kl cakap cubit @ patah patahkan batang.. aku ambik pokok kembang 10 pagi..pokok nih senang nak tanam, senang nak jaga..cepat bercambah..Cuma masa ambik tuh, aku pun tak pasti bunganya warna apa sebab main ambik macam tu ja.. sebab pokok kembang 10 pagi atau nama panggilan glemernya rose jepun nih ada banyak versi kaler..ada yang berlapis-lapis dan gebu gebas juga.. dalam 4-5 batang tu aku kerat jadi 6-7 batang dan terus cucuk dalam pasu putih panjang bila sampai rumah rawang.. pokok pandan aku boh ja dalam timba berisi ayaq sebab pasu kat depan tuh tak cukup tanah..entah bila la nak pi beli tanah.. pokok tuh dah kerin sangat aku tengok..xpela..lain kali aku bawak balik lagi..2-3 hari kemudiannya, pokok rose jepun aku makin memanjang, so aku kutey lagi, cucuk sbelah dia pulak..dan tu jela yang aku dok buat selama hampir dua minggu nih sehingga sedar tak sedar, pasu tuh dah penuh dengan dekat-dekat 20 batang pokok rose jepun.. rasanya dah 4-5 kuntum bunga yang dah memekar tapi aku masih tak sempat nak teliti warna apa yg keluar sebab petang balik keje sampai rumah dah pukul 6 macam tu..bunga yang mekar pun dah kuncup belaka..

Nak dijadikan cerita, kat RPP Morib yang kami inap minggu lepas, pokok rose jepun dia sangat-sangat la memikat pandangan aku..boleh dikatakan kat setiap keliling pokok bunga yg besar, tukang kebun tuh gembur-gemburkan tanah dan tanam dengan rose jepun yang pelbagai warna...ada merah, kuning, oren..dan ada jugak yang berlapis-lapis ala carnation tuh ditanam dalam simen yang panjang ala-ala tembok..sama tinggi je naiknye..dan bangun pagi-pagi jalan ke laut, aku dok geram ja tengok bunga-bunga tuh memekar dengan lawanya.. nak- nak pulak bila ditiup bayu laut, macam menggapai-gapai tangan mintak aku kutey...eceh! 

Dan semasa kali terakhir mandi laut pagi tuh, aku akhirnya tak dapat tahan lagi kegatalan jari nih nak petik pokok tuh..tapi pandang-pandang kiri kanan jugak, segan kalau orang Nampak..buat-buat la bertenggek kat divider tu..haha...aku ambik 3 batang ja pun sebab takut tukang kebun perasan..cewah..padahal sebab aku rasa bersalah membuat onar di situ tanpa izin..tapi last-last masa check out, aku yang jujur nih gi cakap dengan puan yang ade kat kaunter masa tuh.. saya ambik sikit pokok bunga puan, dalam 3 batang..haha..tersipu-sipu aku..tapi rasa lega sebab at last, aku tak dikira mencuri la kan..dan balik tuh terus la aku menanam pokok-pokok tu dengan hati yang riang lagi gumbira..

Cerita nih tak habis lagi!sepanjang minggu masuk keja nih, pantang ada rasa penat sikit, aku pun melencong..google gambaq2 bunga rose jepun..dan baru ku tahu yang pokok nih orang jual online pun banyak sebab batang dia kan berair so boleh je tahan kalau dok dalam plastik pos tu 2-3 hari sepanjang dalam proses pos..terus la aku excited tapi memikirkan aku ni ntah bila-bila baru nak dapat jejakkan kaki kat nursery untuk beli tanah, aku simpan jap niat tuh..tapi nak- nak jugak..aku dah survey pun sebenarnya..ada akak tu jual 10 jenis dalam rm15 camtu..memang dah cup pun..kebetulan akak tuh tengah replant so aku nak tunggu dulu..sementara tu mungkin boleh gi kedai eco rm2 carik pasu..macam2 saiz ada, yg penting semuanya harga rm2..kalau beli kat tesco mahupun diy, mahai jugak pasu..memang mood tanam pokok nih meluap-luap sekarang..malah sampai masuk mimpi la semalam..hahaha..

p/s: dok minat2 bunga teramat sangat ni.. ehem..mungkinkah ada makna.. mungkinkah ‘dia’ kali ini adalah gigirl???..heheh..baby, cepat besar b..along ngan angah tiap2 hari cium awak! Awak boboy lagi pun mama sayanggg jugak.=)

gambar aku google..haaa..tak tergoda kau tengok!!!!..slurppp!
 

No comments:

Post a Comment