along n adik

along n adik

Clixten - klik berbayar

Tuesday, 16 February 2016

Love : Sesi dating dan review filem Ola Bola



Memandangkan kami bercuti hari tu, anak-anak kami post out ke rumah ibu. Kalau ikutkan aku yang berhati kaca ni, selalu je berat rasa hati nak hantar budak-budak tu kalau aku tak kerja..Tapi bila sampai satu tahap bila diorang buat perangai, nak je aku pejam mata menahan sabar dan berharap diorang ade kat rumah ibu.. haih.. aku rasa mana-mana mama pun rasa macam aku.. tapi disebabkan mr papa yang hantar, aku tengok saja la dari muka pintu dengan hati berbelah bagi .. sedih – hepi.. hepi sebab mama boleh berehat.. dan mungkin boleh dating kot..dengan papa..kiki

Sesi dating pun bermula... bila last dating ha?? Masa servis kete bulan lepas rasanya..tapi along ikut jugak.. adik je kne tinggal kat ibu.. kira dating la jugak.. memandangkan along pun dah faham bahasa cuma kadang-kadang je buat-buat tak faham bahasa.. Dating kali ni, kami ke aeon anggun..5 minit je kan dari rumah.. selalunya lalu dan tengok jela.. kalau ada hajat sangat-sangat barulah singgah.. contohnya macam dating kali ni.. sebab kat aeon ni ada TGV.. kan tiket free yang kami dapat tu kena tengok kat tgv.. yang last tiket free sebelum nih, beriya la kami ke 1 utama.. ramainyaaaa la orang.. carik signboard cinema, tersalah aras pulak, menonong ke kaunter GSC.. last-last balik macam tu jela.. sebab carik TGV tak jumpa dan sudah penat sebab dah separuh hari kat situ.. besar sangat 1 utama tuh..haha..dan tiket tuh akhirnya burn macam tu saja.. 

Balik pada cita asal..kami sampai aeon elok-elok ja time ramai lagi orang dok menunggu..adala dalam 4-5 minit lagi jusco tuh nak bukak.. ramainya orang cina dan family-family mereka dok menunggu bersama kami.. mungkin diorang  tengah bercuti lagi kot.. kan tahun baru cina cuti seminggu.. kami je tak kan.. kan bagus kalau diselaraskan..hee.. mr papa beratur nak tebus tiket Ola Bola.. aku  mintak izin nak duduk.. nih yang best time mengandung ni.. banyak kelebihannya..haha..sebab orang mengandung kan tak larat nak berdiri lama-lama.. See, ini cara Allah tunjuk yang Allah tuh sayangkan kita,kan? Dalam cara yang kadang kita tak sedar.. emm..line memang panjang..kebanyakannya orang cina-cina tadi tula.. aku ingat mesti ada cerita kungfu yang best sebab diorang berangkut tokwan, tok dan baby-baby sekali ke panggung.. memang raaamai sangat.. mr papa ambik couple set..so kne la tambah duit sikit..location belakang sekali..bagus!..aku confirm asyik nak terkencing je kalau sejuk sangat.. ok..pukul 11 suku.. jom makan dlu.. aku makan nasik campur yang nampak sedap tapi tak sedap.. tapi teh tarik akak aeon tuh aku suka..sesedap rasa, sesuam perut gitu.. tq sayang, layankan  je perut mama.. sebab baby masih memilih makan sekarang nih.. kite redha jela dengan pilihan selera baby.. kalau silap makan pun nanti keluar balik jugak..

Baik..perut sudah kenyang.. jom layan popcorn pulak sambil tengok wayang.. serius terkejut kami bila masuk panggung.. boleh kata 95% penonton Ola Bola bersama kami tuh adalah yang ramai-ramai beratur tadi.. apek, amoi , tok, tokwan dan anak- anak diorang.. waahhh...ingatkan tengok cite kungfu.. terus aku tetiba rasa bersemangat patriotik bersama-sama dengan diorang.. Bagus filem nih.. sangat-sangat mengangkat  1malaysia.. tengok penontonnya sudah terasa.. Cuma aku rasa tak nampak pun orang india tengok..mungkin diorang lagi berminat tengok cite dilwale kot.. 

Review aku tentang citer nih.. aku suka jalan ceritanya yang padat.. penuh dengan semangat kesukanan.. patriotik.. selain diselit dengan cerita- cerita masyarakat.. dan scene-scene humor bila sampai kat cerita adik-adik Muthu  dan pasal Rahman, si pengulas sukan tu.. aku suka dengan semangat perpaduan diorang.. aku suka dengan scene yang melibatkan  sinematografi udara masa diorang berlatih kat kem tentera tu.. baru perasan, cantiknya Malaysia ni kan.. dan aku rasa macam setiap watak dalam cerita ni hatta yang sekecil-kecil pun sangat penting dalam menjayakan cerita nih.. syabas!syabas! walaupun penghargaan sebenarnya adalah pada pengarah cerita nih tapi aku rasa nak bagi penghargaan pada negara..kerana berjaya dalam cerita nih, kita nampak kejayaan sebuah negara..

Secara jujurnya, aku bukan peminat bola dan aku tak kenal pun watak-watak sebenar di sebalik pelakon-pelakon tu.. tapi melihat cerita Ola Bola bukan berfokuskan pada bola semata.. banyak perkara yang boleh dijadikan tauladan dan pegangan dan boleh meninggalkan kesan di hati.. aku pun berasa takjub macamana cerita nih boleh dilakonkan di stadium dengan ramai penonton aka pelakon tambahan yang terpaksa memakai kostum ala-ala zaman 80an gitu..sangat dramatik dan berjaya pada pandangan mata aku.. .. aku nangis tak dalam cite ni?? kiki..ada 1 scene aku hampir nak nangis, dah lap air mata pun sebenarnye.. masa adik si Tauke tuh suruh abang die teruskan main bola, scene diorang dok sidai getah sekerap tuhh memang menyentuh hati.. memang tak rugi tengok cerita nih.. nak bagi 12 dari 10 bintang..macam tu boleh??hehe

TQ papa.. bawak mama tengok wayang.. nanti nak dating lagi macam ni.. =)

credit : google

No comments:

Post a Comment