along n adik

along n adik

Clixten - klik berbayar

Monday, 15 August 2016

MAKYUNG BEREMOSI : BEG BERSALIN DAH SIAP TAPI TIBA-TIBA RASA SEBAK SENDIRI




Kelmarin dah siapkan beg bersalin untuk dibawak ke hospital.. dah masuk keta pun..elok-elok la kan, kot2  terbersalin karang on the way gi balik ofis.. almaklum kami ni laki bini merentas rawang ke kolumpo lebih kurang 80 km pi balik ari-ari ke ofis.. jauh tu.. walaupun aim nak bersalin kat Hospital Selayang, boleh jadi bersalin di mana2 ja dalam perjalanan sehari-hari. Boleh jadi Hospital Sg Buloh ataupun HKL..

Checklist barang mama tinggal nak masukkan GL dan charger handphone.. checklist barang baby dah settle belaka.. Antara yang paling penting, jangan lupa masukkan set bersalin Shaklee.. antaranya ESP dan vit C.. Boleh minum ESP sejurus lepas bersalin nanti kat hospital.. Habuan nak mengembalikan tenaga pada kita2 yang bersalin ni.. dan boleh terus jugak makan b complex dan lain-lain.. kot la kena tahan wad ke, senang dah boleh start berpantang dengan set berpantang Shaklee yang ada dalam beg. Alfalfa dengan ESP ni berfungsi macam milkbooster tau.. So tak perlu risau kat wad, confirm baby kenyang and cepat bam bam..


Masa dok menyandang beg nak masukkan dalam bonet tu, rasa sayu ja dalam hati.. sebak sendiri.. yela.. sedia maklum, proses bersalin adalah antara perjuangan hidup dan mati.. sebab tulah mengandung dan bersalin ni sebahagian dari jihad. Ni antara fakta yang perlu kita tahu tentang hebatnya wanita bergelar mama serta ganjarannya :
Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin, ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.
Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.
Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

Ibu bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah akan menghadiahkannya pahala menunaikan haji.

So, awatnya yang cek sebak?? Sebab bila sampai masa nak bersalin nanti, cek akan keluar dari rumah, ke hospital.. Dan ada banyak kemungkinan selepas tu.. Boleh jadi cek balik ke rumah.. atau baby saja yg balik..atau kedua-duanya balik atau kedua-duanya tak balik dah.. huishh!! Emosi sungguh la kan cek ari ni.. ingat mati pun dapat pahala tau!! 

Semoga dipermudahkan dan selamatlah ibu n anak ni. InsyaAllah.

Hampa emosi sekali dak? Kalau rasa emosi, mai order shaklee dengan cek!hii

ila 0135102541
id : 1233692

No comments:

Post a Comment