Hari isnin lepas bertugas di uitm puncak perdana,hari ni turn duty di expo buku pwtc..tiap- tiap tahun pun duty tapi kali ni rasa lebih relax n santai sebab duty bersama orang-orang yg sebaya..kiki..kena pulak dgn orang utara..oii..mmg geng la jadinya..
Kebetulan booth kami tahun ni di depan pentas dan paling penghujung jalan..Makanya tak ramai yang lalu lalang..tapi kuiz jawi yang dianjurkan memang ramai betul yang berminat nak sertai.. aku try jugak intai soalan, agak payah.. patutla ramai makcik-makcik dok berkerut dahi ketika jawab soalan kuiz tuh..
Selain jualan buku-buku, ade jugak pameran macam hikayat hang tuah..tapi yang paling menarik ribuan orang ke pwtc nih adalah pameran rumah PRIMA.. kami pun selit-selit jugak ke sana..dapat beg dan t shirt percuma..tapi tang kami, t shirt tu dah habis.. budak-budak pulak dapat belon percuma..boleh pilih warna apa nak, berapa bijik nak..main ambik ja..syok syok..memang meriah..
![]() |
ni tengah jawab kuiz |
![]() |
persembahan |
![]() |
tu dila tengah tunjuk projek perumahan prima kat kedah..kami dok aim yang tu jela..kiki |
No comments:
Post a Comment