Sebaik saja mengetahui diri kita hamil, semestinya keperluan pertama yang
harus dicari adalah supplemen untuk diri sendiri..Baju, kasut, katil bayi atau
stroller semuanya jatuh di tempat ke-2 yang perlu dicari. Supplemen sangat
penting untuk kita-kita yang hamil kerana ia juga turut menjadi keperluan bayi
anda untuk membesar dengan sihat dan sempurna..InsyaAllah... Makanan tambahan
atau supplemen untuk ibu hamil dipanggil Prenatal Vitamin. Kebiasaannya,
vitamin untuk ibu hamil tidak sama dengan orang dewasa yang tidak hamil kerana
dosnya adalah berbeza.Pengambilan supplemen ketika hamil ini amat perlu bagi
mengelakkan masalah-masalah yang besar seperti kecacatan, bayi pramatang, dan
kekurangan berat ketika bayi dilahirkan. Selain itu, keperluan vitamin ini
juga penting kerana ia dapat menampung kekurangan nutrisi yang dialami oleh ibu
disebabkan oleh tiada selera makan.
Berikut adalah antara supplement2 yang diperlukan oleh ibu mengandung :
1) Zat besi (iron)
Zat besi penting untuk pembentukan sel darah
merah. Zat besi merupakan komponen utama dalam sel darah merah yang berfungsi
untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan. Ia dapat mengurangkan risiko
kelahiran bayi pramatang. Wanita hamil memerlukan zat besi berlebihan
berbanding wanita tidak hamil untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi
menyokong keperluan pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi. Wanita
hamil memerlukan kira-kira 50% lebih banyak zat besi daripada wanita tidak
hamil iaitu bertambah dari 15 kepada 27mg/dl sehari. Anemia semasa hamil dan
selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan kerumitan serius seperti
keguguran, kelahiran pramatang, berat lahir rendah dan peningkatan
kebarangkalian ibu meninggal dunia.
Sumber : Ayam,
sayur hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan
kismis, tembikai, labu, bijan dan tauhu.
2) Asid folik
Kajian menunjukkan kepentingan asid folik banyak
membantu dalam perkembangan saraf dan otak bayi di dalam kandungan. Namun,
sebenarnya, penambahan pengambilan asid folik perlu dilakukan 3 bulan sebelum
mengandung. Asid folik dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang
dipanggil neural defect atau NTD. Pengambilan asid folik membantu mencegah
kecacatan ini sebanyak 50-70% daripada berlaku.
Secara umumnya, asid folik boleh didapati
menerusi makanan yang kaya dengan asid folik atau pil asid folik. Jumlah yang
disyorkan adalah sekitar 400mg setiap hari.
Sumber asid folik : Barli, daging lembu, ragi
yang ditapai, beras perang, keju, ayam, kurma, sayuran berdaun hijau, daging
kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum
dan bijirin.
3) Kalsium
Kalsium sangat penting untuk perkembangan tulang
dan gigi yang kuat dan sihat, jantung yang sihat dan juga untuk perkembangan
otot dan saraf bayi. Selain dari itu, kalsium juga memainkan peranan dalam
membantu agar jantung berdenyut secara normal dan berfungsi membantu dalam
keupayaan pembekuan darah.
Tanpa bekalan kalsium yang cukup, ibu hamil boleh
terdedah kepada risiko preeclampsia, yang mungkin boleh membawa maut
kepada ibu dan anak. Dos yang diperlukan bagi ibu hamil adalah 1000 mg setiap
hari.
Sumber : produk tenusu seperti susu. Antara
sumber makanan yang mengandungi kalsium selain dari susu adalah ikan, sayuran
hijau, dan kekacang.
4) Omega-3
Omega diperlukan untuk perkembangan otak dan
penglihatan bayi, serta membentuk sistem saraf. Ikan adalah sumber terbaik bagi
omega-3 terutamanya ikan salmon. Malangnya ikan salmon dibimbangi boleh
menyebabkan keracunan merkuri akibat daripada pencemaran sungai di US. Bagi ibu
hamil dan yang menyusukan anak, dos yang dicadangkan ialah 200-300 mg
sehari.
Aku? tadi ade buat research sikit tentang pengambilan supplement tambahan untuk baby..mula2 rasa nak test soy collagen dari nurbeautyline tapi bile cari info terkini, Nampak macam kebanyakan info berakhir pada ogos 2015. Dah mungkin produk ni kena block dah kot pengeluarannya. Serach info pasal kena block pun tak jumpa juga..last-last jumpa info pasal Dr Harlina gunakan secret kawaii ketika mengandung. Oh, nak cubalah..tapi hanya untuk kehamilan 4 bulan dan ke atas.. ok..simpan duit dlu..rasanya harga pun masih mampu milik..nanti kite try.. hope boleh jadi gebu gebas gitu bersama baby tercinta..heee
No comments:
Post a Comment