Semalam, aku tertidur masa menyusukan fareez.. 2-3 kali bangun susukan die lagi lepas tuh.. dan bile fareez asyik merengek macam tak kenyang, aku decide die perlukan lebih susu . so pukul 3, aku bangun, mendukung fareez ke dapur.. macam tu je caranya supaya die x meraung.. biar die temankan aku buat susu.. die habiskan 1 botol susu, bermain-main sekejap atas katil.. abes siku papanya diisap, tektik nak kacau orang tido.. dalam 3.40, die dah mengulat-ngulat nak tido balik.. alhamdulillah,mama pun ngantuk sayang..
sambung tido
---------
langsung tak dengar bunyi jam.. sebab aku dilanda mimpi..mimpi yang tiba-tiba buat jantung aku kencang.. tentang satu hari, di kawasan yang aku langsung tak kenal.. aku dengar orang bercakap-cakap bahawa harinya bakal tiba.. aku tengok sendiri pokok rukuk dan bergerak naik ke atas bukit..bukan sebatang dua, tapi banyak... aku rasa sendiri angin kencang dan pasir-pasir berterbangan.. dan tiba-tiba aku dengar azan dari masjid berdekatan. ketika aku lalu, aku nampak ramai orang tengah mengambil air sembahyang.. aku ada niat untuk solat tapi aku terus berjalan sebab nak bersolat di rumah.. sesampai di rumah, ada seorang budak lelaki tengah mendukung fareez..dan tiba-tiba fareez ditelannya..ya tuhan!!aku hanya dapat dengar fareez menjerit..aku tarik dari dubur budak tu,tapi lain yang keluar..keluar dua orang budak lelaki kembar berkaki tiga..budak yang dalam lingkungan umur 4-5 tahun tu melompat-lompat kegirangan dengan badan penuh lendir seolah-olah bayi baru bersalin.. aku takut dan jelek tapi aku tetap memeluk salah seorang daripadanya..fareez?? tak tahu..tapi tak lama lepas tu aku nampak ada seorang perempuan tengah menyusukan fareez..aku kemudiannya solat.. aku pakai telekung pink yang aku tengah pakai sekarang.. tapi solat tuh terganggu..hampir tiga kali aku cuba solat tapi tetap tak menjadi..sampai aku tiba-tiba tersedar,papa pegang kaki aku..azan subuh tengah sayup berkumandang..ya Allah.sudah pukul 6 pagi!!
----
seharian hari ini, aku asyik terbayang-bayang mimpi pagi tadi..sungguh membuat hati aku getar..aku tak tahu apa maknanya tapi aku percaya Allah sedang memberi aku peringatan..kerna aku yakin mimpi itu datang dariMU..dan sepanjang pagi ini aku tiba-tiba sibuk mencari kes-kes murtad untuk dirujuk..membaca untuk pengajaran.. membaca untuk menguatkan akidah..dan betapa aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai islam..dan aku mahu hidup dan mati sebagai islam yang sebenar..Ya Allah,permudahkanlah.
No comments:
Post a Comment