along n adik

along n adik

Clixten - klik berbayar

Monday, 27 May 2013

Projek mega..pam susu guna tangan

Alkisah, amalan rutin di opis..Puan Shazila akan menghilang seketika untuk 'mengisi minyak'..buat bekal si anak teruna..kalau dah galas beg hitam comel ni, sume orang pun tahu ape aku nak buat..hari nih, projek mega diteruskan dengan menggunakan tangan ye puan-puan..tangan??? aiyok..tak pernah coba tapi tadi dalam setengah jam mencoba, terasalah bagai nak menitis air mata..sakitnya..dan dalam dok sakit tuh, dapat jugaklah 3 oz..rezki Fareez hari nih..

Dah selesai tuh, barulah aku menggugel2 cara yang betul untuk mengepam susu menggunakan tangan..owhh..siap ade nama lagi..teknik marmet..dah macam ikan mermaid pulak namanye..baca..dan baca..aku salah buat rupanya..patut sakit..ape daa..sudah buat, baru mau belajar..hoho..

nih aku copy..


Cara Memerah 

Amaran keras : Ilustrasi gambar hanya sesuai untuk 18tahun keatas.haha 

1. Teknik Marmet hanya memerlukan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
2. Jari-jari ini perlu diletakkan di atas kawasan aerola (sedikit atas, lebih kurang 1cm dari kawasan aerola).

3. Letakkan ibu jari di bahagian atas aerola (kita panggil situasi pukul 12). Letakkan jari telunjuk dan jari tengah di bahagian bawah aerola (pukul 6).



Jari telunjuk dan jari tengah perlu berada setentang dengan ibu jari. Apabila jari telunjuk dan jari tengah berada pada kawasan 'pukul 5' sedangkan ibu jari di kawasan 'pukul 12', ia adalah salah. Begitu juga apabila jari bawah itu berbentuk melingkari payudara ia juga salah. Pastikan dengan teliti kedudukan ketiga-tiga jari ini.


4. Tanpa meregangkan jari, dorong jari-jari tadi ke arah dada. Pada yang mempunyai payudara yang bersaiz agak besar, perlu angkat payudara dahulu sebelum mendorong ke arah dada. Lakukan dalam gerakan memutar dan lembut seperti sedang menggeletek. Lakukan dari kawasan atas menuju sehingga ke aerola. Payudara juga boleh digoncang dengan lembut secara memutar.

5. Sewaktu jari-jari berada jauh dari kawasan aerola, gerakan ini dipanggil PUSH dan apabila jari-jari berada di kawasan aerola, ia dipanggil ROLL. Tekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit. Pastikan menggunakan TIGA JARI yang dinyatakan tadi, bukan jari-jari lain mahupun tapak tangan.

6. Ulangi langkah secara berentak seragam, mengikut rythmPush, roll, posisi jari yang tepat, push dan roll semula. Ulang sehingga kilang susu kosong.

7. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Pastikan kedudukan jari di dalam kedudukan 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya. Jalani setiap putaran sehingga kilang susu kosong.

8. Gunakan tiga jari utama itu pada tangan bersamaan setiap payudara. Contohnya payudara kanan, gunakan tiga jari tangan kanan. Bagi payudara kiri, gunakan tiga jari daripada tangan kiri.

Elakkan!

1. Menekan sambil mendorong/mengheret jari jemari anda. Ini boleh membuatkan payudara melecet.

2. Menarik-narik puting payudara. Ini boleh merosakkan lapisan-lapisan lemak pada aerola.

3. Meramas-ramas payudara (squeeze). Ini akan melukai payudara dan memberi kesan kepada kilang susu. Payudara juga cenderung bengkak apabila melakukannya.
 
so petang nanti nak cuba lagilah..sbelum balik..yeay!

No comments:

Post a Comment