Mama bukan mendoakan yang buruk-buruk..tapi mama yakin, melahirkan anak itu bukan mudah... ada risiko yang kita tak perlu sebut..makanya andai apa-apa terjadi pada mama, mama mohon :Halalkan makan minum mama sepanjang mama bergelar isteri.Ampunkan semua dosa-dosa mama pada papa semenjak mama kenali papa..Mama tahu tak terbilang dosa mama..ada yang mungkin mama sedari dan banyak jugak yang mama tak sedari..andai ada yang papa diamkan, mama mohon ampun dari seikhlas-ikhlas hati mama..Mama bukan sempurna luar dan dalam sayang.. Dan andai anak kita selamat, maka mama mohon carikan pengganti yang baik untuk menggantikan mama.. carilah yang mampu membuatkan papa tersenyum bahagia..carilah yang mampu susah dan senang bersama papa..carilah yang mampu membesarkan anak kita tanpa membezakan kasih dan sayang pada yang lainnya..Sayang, mama tahu andai mama tiada, maka terpisahlah kita..tapi mama ingin mohon sesuatu..kiranya papa sentiasa sudi menjadi 'anak' kepada mak dan ayah..menjadi pengganti mama di sisi mereka..cukuplah sekadar bertanya khabar, mama sudah cukup berasa bahagia di sana..Papa, mama akui jarak perkenalan kita bukannya lama..tapi dalam hati mama hanya ada papa..mama yakin dan percaya, Allah telah menetapkan jodoh kita..maka Allah jualah yang berhak menentukan setakat mana ianya akan berakhir..maka redhalah papa..redhalah di atas setiap yang Allah rencanakan untuk kita..
Suamiku..

Ikhlas..Mama 29/1/2013
No comments:
Post a Comment