along n adik

along n adik

Clixten - klik berbayar

Friday, 18 January 2013

Aku masih 'mengikuti'..



Semua orang punya masa lalu..yang manis, masam..pahit dan pelbagai rasanya..kalau kita nih disket, boleh juga direndam dalam air, supaya memorinya hilang..dengan itu, kehidupan sekarang akan dinikmati sebaiknya..tapi jika tiada yang 'dahulu' itu, maka tidak mungkinlah wujudnya kita yang sekarang..kan..

Aku masih 'mengikuti' yang dulu..tidaklah bermakna apa-apa, cuma ianya sebahagian dari sifat manusia ---ingin tahu--ambil tahu--dan yang peliknya aku tidak berminat untuk ambil tahu di pihak2 aku..sebaliknya aku sibuk mencari dan menggodek di pihak yang lain..pihak yang pernah merendah-rendahkan aku..pihak yang pernah betul2 menguji kesabaran aku..sehingga pada masa itu, aku umpama yang paling tidak bermaruah di mata siapa-siapa..dan alhamdulillah, berkat kesabaran..dengan sokongan keluarga dan suami( yg pada masa itu masih tunang), aku perlahan-perlahan bangun, memekakkan telinga, menebalkan muka, menerangkan yang kusut dan membuang cela..sehingga kami bangun dan mampu berjalan semula..kami mulakan hidup dengan bersederhana..Walaubagaimanapun, rasa bersalahnya tetap ada..kecil..jauh di sudut hati..maka kerana inilah aku masih 'mengikuti'..

Kerna aku juga wanita sepertinya..maka aku mahu pastikan bahawa kami kedua-duanya menemui jalan hidup masing-masing..aku mahu pastikan dia tidak jatuh tersungkur..aku mahu pastikan dia punya sokongan padu untuk bangun dan berjalan seperti aku..sungguh, kebahagiaan yang aku kecapi sekarang telah membawa pergi segala benci dan iri hati pada dia..aku percaya, keikhlasan itu akan datang dengan sendiri bila tiba masanya..lalu membuat kita tenang..asalkan kita percaya itu, maka hati  kita akan lembut..

Sejujurnya, aku kagum melihat bagaimana dia bangun sekarang..mungkin jika aku di tempatnya, aku masih merangkak-rangkak untuk berpaut pada hidup..masih merayu-rayu memohon simpati orang sekeliling untuk meneruskan walau satu helaan nafas..tapi dia kini kelihatan tabah..maka semalam aku sujud menyatakan syukur..rasa bersalah yang selama ini membelengu, aku lepaskan perlahan-lahan..

Terima kasih Allah...Kau berikan aku nikmat cinta, kesabaran, kemaafan, dan kau lepaskan aku dari rasa bersalah..Semoga ini adalah yang terbaik untuk kami berdua..dan aku lalui hari jumaat ini dengan satu nafas baru..bahawa aku sudah tidak perlu 'mengikuti' sesiapa..kerna aku yakin mereka juga bahagia sepertimana aku..Kerana cintaNya ada, bagi orang-orang yang sentiasa mengharap..








No comments:

Post a Comment