along n adik

along n adik

Clixten - klik berbayar

Friday, 7 December 2012

istimewanya wanita

Percaya atau tak, sokong atau tak, memang itu hakikatnya..wanita dilahirkan dengan kesabaran.. dengan kekuatan..mungkin bukan dari segi fizikal tapi dari segi emosi..aku bukanlah memiliki kedua-dua keistimewaan nih 100% tapi aku belajar untuk ke arah ini..aku mahu jadi kuat dan sabar..

Seorang isteri -- aku yakin ramai di kalangan isteri yang tekad untuk sehidup semati dengan suami selepas akad nikah dilafazkan.. dan kebanyakan dari kita (isteri-isteri) akan bergerak ke fasa lain dalam kehidupan kita..isteri..bukan lagi tiket untuk memuji lelaki lain, bukan lagi tiket untuk memandang lelaki lain..sebab apa yang mahu dicapai hanyalah berusaha untuk membahagiakan suami tercinta..maka macam akulah, yang tidak pandai memasak akan berusaha sekeras-kerasnya untuk asapkan dapur..yang pemalas zaman bujang (juga aku) akan berusaha menjadi rajin.. sedikit demi sedikit.. yang selalu kumpul baju kotor setinggi-tinggi KLCC (aku lagi) akan berusaha rajin basuh baju, lipat baju n gosok baju..kalau dulu ada sparepart boyfriend, bila bergelar isteri, semua tu dah tak perlu..tak perlu add lelaki2 yang tak dikenali kat fesbuk lagi..sebab kita rasa hidup telah separuh lengkap..hanya perlu menjalankan tugas sebagai isteri dengan sepenuh hati untuk melengkapkan lagi..

Tapi kenapa..kebanyakan suami tidak bergerak seiring dengan isteri..mereka beralih ke fasa yang sama..tapi dengan tiket lain..suami ..masih punya tiket untuk add anak dara yang nampak comey kat fesbuk..masih punya tiket untuk pewitt pada wanita selain isteri..oh..kalau aku di tempat itu, nak aku katakan, tercalarnya hati..di sinilah letaknya kesabaran kita..kerna hakikat seorang lelaki akan tetap menjadi lelaki..sabarlah..kuatlah..Allah menjanjikan bahagia pada orang2 yang mengharapkannya..

Aku?mahu jadi yang terbaik..klau nak suruh yayang jadik juri,mungkin baru 0.5 daripada 10..tidak sempurna dari pelbagai segi tapi aku ada azam..mahu berusaha dan berusaha menjadi yang terbaik untuk suami..kerna aku kejarkan syurga di tapak kaki suami!!

p/s : aku tak pasti kenapa kena tulis entry macam nih..sebab banyak membaca dan mndengar cerita orang agaknya..

No comments:

Post a Comment