along n adik

along n adik

Clixten - klik berbayar

Tuesday, 23 October 2012

Kehamilan : gusi berdarah beramu..woo..woo

Takdela sakit tapi sangat cuak tengok gusi berdarah setiap kali gosok gigi..dan hasil pemeriksaan gigi yang sangat tak memuaskan hati kat poliklinik gigi ukm hkl ari tuh langsung tak mendatangkan hasil..at least kalau gigi aku nih cantik sangat sampai tak memerlukan rawatan, kasikla tips sikit untuk hilangkan or kurangkan masalah gusi berdarah nih..but at last, kena tanya doktor google la jugak..free dan tak buang masa macam yang masa-masa yang dah aku buang menunggu kat klinik gigi tuh..memang serius sakit hati menunggu..kalau tahu banyak pesakit xpela..sungguh aku tak rekomen klinik nih kat orang yang dalam kecemasan sakit gigi..takut2 nanti berjangkit kat hati..kiki..

so, doktor google jawab ni eh..untuk gusi berdarah, normal untuk ibu-ibu pregnant..Selain mendapatkan rawatan daripada doktor gigi, ibu hamil boleh menjaga kesihatan gigi dan gusi dengan melakukan rutin ini.

1) Bersihkan Diri Dengan Teratur

Jika perlu gunakan benang gigi setelah selesai makan dan sebelum tidur.Penggunaan ubat kumur yang mengandungi antiseptik juga boleh membantu membersihkan permukaan gigi. Ia mampu meneluarkan sisa makanan dan menghilangkan lapisan plak sekaligus membebaskan kuman secara keseluruhan dari rongga mulut. Selain itu setiap kali muntah, berkumur dan gosoklah gigi.

2) Jaga Pemakanan

Antara lain dengan memastikan pengambilan vitamin B6 dan C yang mencukupi. Kedua vitamin ini membantu menjaga gusi agar tidak mudah berlaku pendarahan. Vitamin B6 boleh diperolehi dari bahan makanan yang berasal dari biji-bijian dan kacang.

Manakala vitamin C boleh diperoleh dengan mengambil buah-buahan berwarna cerah dan segar seperti jambu, betik, oren dan sayuran berwarna hijau. Disamping itu, ibu hamil juga perlu memastikan zat kalsium yang diambil mencukupi. Ia bagi memastikan keadaan gigi sihat dan gusi kuat. Sumber kalsium boleh didapati daripada susu, yogurt, keju, minyak, hati ikan, ikan dan sayuran hijau. Selain itu awasi pengambilan makanan yang manis kerana makanan bergula diketahui dapat menyebabkan kerosakan gigi.

3) Rawatan Gigi

Sekiranya menghadapi masalah gigi seperti gigi berlubang, sebaiknya ibu hamil pergi berjumpa dengan doktor gigi. Namun sebelum doktor melakukan pemeriksaan atau rawatan jelaskan bahawa anda sedang hamil.Keadaan ini untuk mengelakkan tidak melakukan pemeriksaan yang boleh mengganggu kehamilan seperti penggunaan sinar x. Selain itu pemberian ubat pada wanita hamil juga perlu diberi perhatian. Penting diketahui banyak ubat yang tidak dapat diberikan kepada wanita hamil kerana ditakuti memberi kesan buruk terhadap janin yang dikandung.

Sekiranya doktor mengambil tindakan radikal seperti mencabut gigi, ia mungkin dilakukan setelah membuat pertimbangan yang wajar dan matang. Ini kerana ubat bius yang diberikan mampu mempengaruhi kontraksi rahim. Itulah sebabnya doktor tidak akan melakukan tindakan bersifat pembedahan ketika kehamilan terutama pada trimester pertama dan ketiga.

Punca perubahan keadaan gigi dan gusi ketika hamil :


  • Perubahan hormon ~ paras hormon yang meningkat sewaktu kehamilan juga boleh menyebabkan tisu pemegang gigi atau ligamen serta tulang rahang sekeliling akar gigi terjejas lantas menyebabkan gigi longgar. 
  • Bertambahnya pengaliran darah dalam badan mengakibatkan gusi bengkak, menjadi sensitif dan berdarah.
     
  • Pemakanan juga sering diambil mudah wanita mengandung malah selalunya mereka akan mengidam sesuatu yang manis tanpa langsung menyedari bahawa gula itu musuh ketat kepada gigi. 



ATASINYA DENGAN :



* Gosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari .
* Gunakan berus yang lembut dan gosok secara perlahan-lahan dan berhati-hati .
* Jika gigi sensitif, gunakan ubat gigi khas untuk gigi sensitif .
* Jika gusi berdarah, rawat dengan ketulan ais .
* Flos gigi setiap hari. Jika boleh, setiap kali selesai makan .
* Kurangkan gula dan makanan manis, termasuk biskut, kek dan minuman soda .
* Dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala .


sumber: Berita Harian Online

update : aku adalah pengguna tegar ubat gigi fresh n white..sebab rasa pedas takkan buat aku muntah sejak dlu..tapi papa pakai colgate sebab gigi papa macam sensitif ckit..sejak gusi berdarah, aku cuba pakai colgate..memang awalnye muntah2..xpe..lagipun pompuan pregnen macam aku memang la mudah2 nak muntah..but then aku perasan gusi aku dah tak berdarah lagi since aku gunakan colgate..waah..nak promote colgate la pulak..tapi dah betol.. so sekarang, aku terus-terusan pakai colgate..at least tak la bersepah bilik mandi dengan 2 jenis ubat gigi coz i'm sharing dengan papa sekarang..hee..dan gigi pun makin sehat.. =)

No comments:

Post a Comment