Memang sangat ketara, sejak mengandung nih, memang berangin satu badan..selalu dulu pelik tengok papa dok aukk..aukk..buang angin..sekarang aku pulak yang dok auk..auk mengalahkan papa..tekan leher, kuar angin, tekan perut kuar angin..memang rse tak slesa..tambah2 klau aku rse ade angin yang tersekat kat leher tapi degil2 taknak kuar..mulala rse nak pening..nak pitam..sejuk2 satu badan..dan nak berbaring..pejam..emm..so aku korek2 la google carik maklumat..nak memahami apela masalahnya dengan angin mse tengah hamil nih..
Jumpe nih..die kte :
Kenapakah ibu mengandung mudah mengalami badan berangin walaupun tak makan makanan bersulfur?
Ini kerana semasa hamil, hormon progesteron yang penting untuk ‘membenarkan’ bayi membesar, juga memperlahankan pergerakan usus. Jadi bila pergerakan peristaltik usus menjadi perlahan, tindakan bakteria menjadikan gas yang banyak terbebas dari usus, menyebabkan badan ibu senang berangin. Keadaan ini menyebabkan ibu hamil berasa tak selesa, mungkin mengalami sakit kepala, muntah dsb.
Pastu die kasik tips-tips untuk kurangkan simptom angin2 nih:
1- Mengambil makanan yang menggalakkan pergerakan peristaltik usus iaitu yang yang tinggi dengan fiber
2- Minum air secukupnya. Air yang cukup bukan saja penting untuk sistem pelawasan tapi untuk proses ‘pernafasan’ sel. Sel yang sihat memerlukan air secukupnya untuk menjalankan pelbagai proses.
3- Ambil sarapan yang seimbang dan minum air perahan lemon dan pudina untuk memudahkan pergerakan usus.
4- Makan dalam kuantiti sedikit tapi kerap, supaya perut tidak berangin dan tidak memberatkan usus.
5- Lakukan senaman ringan. Walaupun sekadar berjalan dan gerakan anggota yang ringan, ia amat baik untuk peredaran darah dan fungsi sistem percernaan.
6- Catatkan makanan yang anda ambil. Jadi bila berlaku masalah angin, anda boleh mengagak makanan yang menyebabkan anda angin dan boleh mengelakkannya di masa akan datang.
7- Banyakkan mengambil buah-buahan, protein dari sumber tumbuhan, dan bijirin penuh yang menggalakkan pergerakan usus yang sihat.
No comments:
Post a Comment