along n adik

along n adik

Clixten - klik berbayar

Sunday, 29 January 2012

Wanita seperti mama.

Mahu-mahu saja aku terbang kepada papa..jarak antara kami kini buat aku merasa sesak..mahu dikatakan jauh,tidaklah sangat..tapi aku nyata sangat rindukan papa..lambatnya masa bergerak..aku sudah rindu ke pejabat setelah bercuti sekian lama..rindu papa yang banyaknya..
Papa..mama tahu banyak sungguh kekurangan mama..dalam menyusur jalan untuk menjadi isteri, mama tahu banyak perkara yang mama lakukan telah melukai hati papa..sungguh..bukan niat mama,sayang.. mama tidak sesempurna mana tapi sekurang-kurangnya mama banyak belajar untuk menjadi lebih baik..

papa...wanita seperti mama ini..

Digelar sebagai penyeri dunia
Hadir mama melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akal mama senipis bilahan rambut

Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hati mama bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta mama dari rusuk lelaki

Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
kerna mama adalah hiasan duniawi


Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok

Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah mama dengan keimanan

Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Sedarilah insan istimewa

Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan 

 demi tuhan..mama mencintaimu

No comments:

Post a Comment