along n adik

along n adik

Clixten - klik berbayar

Tuesday, 24 January 2012

sayu yg menyelinap tiba

Fobia itu datang..seolah-olah menghantui hidup yang sedaya upaya sedang menjejak bahagia..rasa tidak berguna..iyalah..ko tu tak berguna!tak pernah buat apa2 untuk aku!!!~~~luluhnya hati bila orang asyik terkenang-kenang tengkingan yang begitu..rasa rendah dan kecil..pada pandangan orang, juga pandangan diri sendiri..

kenapa ya..bila orang rasa orang sedang berusaha menjadi yang terbaik, hati orang asyik terguris dengan perkara-perkara kecil yang sememangnya tidak akan membuatkan orang berdendam tetapi membuatkan orang berasa sangat kecil di sisinya..takut..orang tidak mahu memandang dia dengan perasaan takut..kerna orang mencintai dia..maka pandangan yang ada seharuslah sarat dengan perasaan cinta..biar pandangan yang ada itu melimpah dengan bisikan cinta yang tidak tahu bila akan berakhir..orang sangat ingin begitu..andai satu masa dulu, pipi ini memberikan satu nikmat padanya, kini adakah lagi perasaan itu?..cinta akan makin pudar ditenggelam masa..agaknya begitu..maka orang seharusnya bersyukur dengan apa yang ada..

bagi orang..biarlah orang sentiasa menjadi orang..manja, cengeng dan degil cara orang..orang tahu yang orang akan tetap mencintai dia..kerna bagi orang, cinta adalah anugerah yang tidak ternilai..maka orang akan berusaha untuk mempertahankan cinta orang..

sedapnya nasi yang dibekalkan..tapi kenapa orang menelannya dengan titisan air mata..betul kata atih..air mata wanita adalah senjata berbisa,tapi kalau terlalu kerap,maka ianya akan menjadi tidak berharga..ya!orang akui memang air mata orang tidak punya harga..sejak dulu lagaknya..biarlah..yang penting,orang sangat mahu mengucapkan syukur..kerna dalam sayu-sayu hati ini,kerna dalam tidur yang panjang sepanjang hari ini,orang masih diberi kesempatan untuk menunaikan solat di surau..dan orang masih sempat berlari--sepecut-pecutnya tadi,berseorangan di tasik..kerna orang sangat mahu meninggalkan aura-aura lemah di sekeliling orang..orang percaya orang wanita kuat..yang dilahirkan untuk berhadapan dengan cabaran..
orang percaya..kebahagiaan itu ada...maka..
kakchik!صبر


p/s: papa kelihatan sangat lemah dengan batuk-batuk dan pandangan mata yang sangat kuyu..mama sangat risau tapi apalah yang mampu mama lakukan..hanya melihat dan berdoa agar penyakit itu cepat sembuh atau sekurang-kurangnya berpindah pada mama..rehat ye syg..esok mama temankan papa ke klinik..

keje mama masa menghadiri taklimat EBO..bosan..

No comments:

Post a Comment