along n adik

along n adik

Clixten - klik berbayar

Sunday, 15 January 2012

kita dan ujian

terjaga pagi tadi..terasa sangatlah gelap dunia..meraba-raba C3 satu kemestian..sekadar mahukan sedikit cahaya supaya aku rasa aku masih dapat menarik nafas..gelap menimbulkan takut..dan takut itu membuatkan aku rasa sukar untuk bernafas..padahal kalau aku tak sedar keadaan gelap,sedap je berdengkur..apapun, rasa sangat segar hari ini..sebab aku pernah terbaca satu kajian,kalau tidur dalam gelap, otak  dan badan kita betul2 akan berehat..alhamdulillah..

sibuk menyiapkan itu dan ini..pagi-pagi buta sudah tercongok di ruang tamu dan dalam samar-samar cahaya, melipat baju..kalau ada yang sedar pagi tadi,mungkin menyangka aku nih buang tebiat agaknya..tak kisahlah..aku mahu ke tempat kerja setelah selesai kerja rumah. takkanlah mahu ditinggalkan rumah dalam keadaan serabut..lari pulak rezeki nanti..

ofis--->hari ini mahu diberesi dengan menyiapkan keperluan2 untuk mengajar..seperti biasa,setiap kali mahu mengajar,maka aku yang bersungguh-sungguh akan belajar..entah bila boleh digelar otai..sekurang-kurangnya aku sudah yakin untuk mengajar bersendirian tanpa cik farah..that should be proud kot..tak sabar menunggu papa datang..having lunch together..seronoknya..

papa..rasanya sepanjang minggu yang lepas, banyak sangat ujian yang datang menguji kita..mama sangat takut,sayang..andai-andai dugaan ini menggoyahkan cinta papa pada mama..bagi mama, biarlah apa saja yang datang menguji, biar mama menangis sekalipun, itu cuma satu cara untuk mama melepaskan tekanan..tapi untuk mama meninggalkan papa, mustahil..mama obses dengan cinta mama...sampai kadang-kadang mama takut papa akan rsa sangat rimas dan lemas dalam cinta mama..seperti yang mama katakan..sudah ada orang yang mahu menjaga mama, mahu mencintai mama, sudah cukup baik untuk mama..kerna mama tahu mama sendiri banyak kekurangannya..maka mama harus juga menerima kekurangan orang lain..mungkin kita perlukan lebih masa untuk saling mengenali..dengan itu, kita akan nampak di mana cacat celanya kita...tapi untuk berundur, itu bukan mama..bagi mama, cacat dan cela itu boleh diubah, boleh berubah, boleh diperbaiki dan boleh jadi hilang langsung...asalkan kita saling percaya bahawa kita akan sama-sama menempuh segala suka dan duka bersama-sama...asalkan kita sama-sama yakin bahawa kita adalah DUA JIWA BERASINGAN, yang terperangkap dalam SATU HATI, dengan kuasa Ilahi..maka apa-apa jua yang berlaku, harus kita istiqamahkan bersama- bukan saling menuding dan salah menyalahkan.. juga bukan peluang untuk merendah-rendahkan diri sendiri...kerna dengan begitu, pasti akan ada jiwa yang terluka..dan terus mencacat celakan hati yang kita kongsi..semoga hal-hal sebegini akan kita lalui dengan lebih baik. Kerna dengan bertambahnya usia, kita sepatutnya lebih matang..kerna kita harus yakin..hidup kita masih panjang..dan masih banyak perkara yang perlu kita kejarkan bersama..insyaAllah..semoga dipermudahkan..






sekali sudah melangkah..bukan mudah untuk mama mengalah..

No comments:

Post a Comment