betullah kata orang..dalam sejuta kawan yang kita ada, yang betul-betul sanggup bersusah senang bersama kita mungkin cuma seorang dua..dan mungkin juga tiada langsung..tadi, usai menemankan kak ida makan, kami terus balik..kak ida kelihatan sangat letih dan mahu berehat..aku juga sama..papa mungkin sudah tidur..ahh..makan-makan lewat sebegini boleh bikin gemuk..alahai..takutnyaa..takut untuk gemuk,takut papa tinggalkan mama kalau-kalau mama sudah tidak lagi slim river macam sekarang..emm
yang pasti,bukan itu yang mahu aku ceritakan..aku terus mencuci muka dan menggosok gigi,persediaan untuk tidur..kak ida kulihat sibuk ke dapur untuk mengambil ubat..dan bila kudengar kak ida bising-bising di dapur, aku menjenguk..eh..seorang..kenapa?tanyaku..kak ida lalu melepaskan keluhan dan bebelan kecil..tentang betapa kecewanya dia sebagai orang yang lebih tua tapi tidak dihormati selayaknya..ahh..ini pasti perbuatan orang sebelah..kerna tikaku ke bilik air tadi,dia ada-ada sahaja, sedang duduk dan menghadap hsetnya..keluh kak ida, ini kali ketiga dia menegur tapi tidak dilayan..subhanallah..aku pula yang menjadi panas..aku sangat tidak suka dengan orang-orang yang tidak tahu menghormati orang tua..marah kak ida dibawa ke bilik..aku hanya mendengar sahaja..aku tidak mahu kata-kataku nanti menjadi arang untuk kak ida lebih marah..sabarlah..sehingga kak ida menutup mata,aku masih mendengar bebelannya..kesian kak ida..sakit-sakit, balik penat..ada pula yang membuatkannnya seperti tunggul..
aii..semalam juga aku dan papa baru sedar akan seorang lagi kawan yang bukan kawan..sabarlah..sungguh aku tidak tahu bagaimana untuk berhadapan dengan dia esok..tapi, aku dan papa hanya mahu berlakon seperti tidak mengetahui apa-apa..banyak juga yang dipelajari..kawan memang banyak tatkala kita senang tapi andai dugaan dan kesulitan datang tanpa diundang,kawan-kawan itu akan menjauh diri..dan ada diantara mereka yang akan terselak hijabnya, mula menikam kita dari belakang..bersabar sajalah..sesuangguhnya kesabaran itu separuh daripada iman..
papa, mama sekarang hanya percayakan papa hendaknya..semoga Allah menjanjikan yang terbaik sebagai balasan atas kesabaran kita berdua..insyaAllah.
No comments:
Post a Comment